Monday, November 30, 2009

Am I a good driver?

Assalamualaikum semua....ahaks..pekah jwpn kpd soalan dia atas?daku pn x tau...yg panting buat masa sekarg jwpnnya 'oh, no!!!'....daku baru jek abis blajo drive kete ngan bunda setelah sekian lama daku x menyentuh stereng kete...adui, ku gagah kn juga walau debaran terasa d jiwa, peluh jatuh menitik2 di dahi....hahahahha..x lah smpi mcm 2....adalah jugak aksi2 yg mnggerunkan dan merbahaya...setiap kali nk belok, kalimah basmalah meniti di bibir....bkn pe, cuaks gler....tp, daku bersikap optimis dalam hal nie....practice makes perfect....slpas nie daku akn menjalani latihan intensif dr syarikat memandu yg brdaftar....maybe it will be better 4 me...who knows...Wassalam...

Wednesday, November 25, 2009

Aduahai....rindunya aku....

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya". Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekatRasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukanmerupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana ", kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya...Renungkan....

Tuesday, November 24, 2009

PENGAT PISANG

Assalamualaikum....daku posted this post nun jauh dr negeri jelapang padi....emmm, sudah lama daku tdak berkongsi resepi di blogku ini...kali ini, daku ingin kongsi resepi pencuci mulut....iaitu PENGAT PISANG....dulu2 kala, nenda daku sering membuatnya untuk ku, tp kni setelah beliau tidak lagi bergelumang dengan acara memasak di dapur atas faktor umur yg dah lanjut,daku berpeluang lg merasainya...tetibe rase nk makan pulak...resepi ini sonang jo...kalian pn msti pejam mata boleh buat tp daku x pernah cuba buat lg...jdk, daku bercadang untuk membuatnya sendiri sekembalinya ke tempat asal...


BAHAN-BAHANNYA
sikat pisang nipah (buang kulit dan potong kecil)
1 biji kelapa (ambil santan secukupnya)
100 gm gula melaka
50 gm biji sagu
50 gm bubur caca
Secubit garam
sehelai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:

1.Satukan santan dan daun pandan. Renehkan di atas api yang
kecil dan kacau selalu.
2.Kemudian masukkan biji sagu dan bubur caca ke dalam santan tadi.
3.Masukkan pisang, gula dan garam.
4.Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak hingga mendidih.

Monday, November 16, 2009

Allah Murahkan Rezeki Hamba Bermurah Hati

Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.
”Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.
Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan. Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri. Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk. Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.
Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezeki.Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:
1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.
3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.
4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.
5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.
6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah
7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan.
p/s : kepada rakan2 daku, daku menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada di antara perlakuan daku yang menyerupai sikap kedekut atau sekutu dengannya...sesungguhnya tidak langsung terlintas di hati ini untuk berkelakuan sebegitu...

Friday, November 13, 2009

selamat bercuti

Assalamualikum, salam pembuka bicara......Alhamdulillah..adalah lafaz yang paling tepat untuk menyatakan kelegaan hatiku ini setelah tamatnya final exam....Tetapi, apakah resulnya?hanya Allah yang tahu...semoga ALLAH memberi yang terbaik untukku dan rakan2 ku.....saat daku menaip post ini, aku msih lagi berada di kolej kediaman ku...bak kata rakan2ku kolej utk komander...hahaha....semalam, aku dan rakan2 ku window shopping di sunway pyramid....best giler..tp, x taulah pd kwan2ku yg len...mklumlah, aku ni katanya queen control yg mngawal perjalanan kmi pd hari itu..kedai mne nk msuk, mkan kt mne....hehehe...sori pd rakan2...aku harap kalian x menyesal keluar ngan aku....tq jugak kerana sudi keluar ngan aku dan melayan kerenah aku....yang super hyperakif....tadi tengah hari pulak daku spent time 2gether ngan fatin n sha...tq jugak redha dengan tingkah laku ku yg tidak dpt dikawal itu...sori klu aku membosankan.....dan esok....parent daku akan menjemputku n plan nak jalan2 slpas itu....katanya nak ke Putrajaya....apapun2, besok daku kena bersiap sedia fizikal n mental untuk mengangkut segala barang dari tingkat 6 ke bawah mnggunakan tangga...kihkihkih...wish me luck....Assalamualaikum.